Kehidupan peribadi Joe_Hahn

Hahn adalah seorang berketurunan Korea. Dia berkahwin dengan Karen Benedit pada Februari 2005 selepas berkenalan sejak tahun 2003. Joe memfailkan perceraiannya daripada Karen pada awal 2009[3][4][5]. Hahn pernah melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design di Pasadena, California, tetapi dia tidak bergraduat kerana komitkennya terhadap kumpulannya. Hahn juga seorang peminat Transformers - dalam beberapa upacara dia dilihat memakai baju ataupun menggunakan turntable dengan logo Decepticon padanya. Dia jugalah yang menasihatkan kumpulannya untuk meletakkan single "What I've Done" pada album runut bunyi bagi filem Transformers. Hahn, bersama-sama Rob dan Chester, hadir semasa tayangan perdana filem Transformers.